Archive for September, 2009

Solat Hajat dan Ihya’ Ramadhan

Posted: 10 September, 2009 in Umum

Malam ini 10 Ogos 2009, SDARY mengadakan Majlis Solat Hajat dan Program Ihya’ Ramadhan di sekolah bermula jam 6.30 petang. Program adalah khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 berserta ibu bapa/penjaga masing-masing.

Program akan dimulakan dengan bacaan Yaasin dan tahlil : berbuka puasa; solat maghrib ; makan malam; solat isya’; solat tarawikh; solat hajat; solat witir. Semoga ramai yang hadir. Bersama-sama kita doakan kejayaan anak-anak kita di bulan yang penuh barakah ini. Malam ini malam yang ke 21 Ramadhan. Allah sahaja yang Maha Mengetahui jika ia adalah malam Lailatul Qadr seperti yang dijanjikan, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Beribadahlah di dalamnya tanpa disia-siakan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Posted: 9 September, 2009 in Umum


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Persediaan Menghadapi Peperiksaan PMR

Posted: 9 September, 2009 in Umum

PMR tinggal lagi 26 hari sahaja lagi. Hari Raya pula tinggal lagi 12 hari. Bagi pelajar2 PMR, yang manakah lebih utama. Biasalah budak-budak, yang datang dulu akan diutamakan. Tapi siap-siap untuk beraya, jangan terlupa keutamaan yang lagi satu, PMR selepas Raya.

Sdary menyediakan pelbagai usaha untuk membantu pelajar PMR (kami tak lupa pelajar SPM jua…tunggu..). Antara usaha-usahanya ialah :

1. Menyediakan buku comel bagi semua mata pelajaran melalui program “BRING ALONG”. (Pelajar jangan lupa bawa buku comel ini kemana-mana tau, terutama apabila balik kampong untuk beraya)

2. Mengumpulkan pelajar mengikut aras ke dalam 6 kumpulan. Jadual digubal dengan memberikan 2 orang guru mengajar satu subjek pada satu-satu masa (jadual anjal pula tu…)

3. Mengamanahkan 2 kumpulan yang dinamakan KUMPULAN TERAJU PMR dan KUMPULAN CABARAN PMR untuk menggembeling tenaga mendapatkan keputusan sebaik mungkin. (Pelajar diberikan buku latih tubi model PMR sebanyak 2 atau 3 naskhah seorang supaya boleh membuat latih tubi sendiri di rumah).
Beruntunnglah pelajar-pelajr di dalam kedua-dua kumpulan ini. Yes! Sdary Boleh!

4. Tunggu… ada banyak lagi akan datang, walaupun hanya tinggal 26 hari lagi.

Pelajar Sdary akan berusaha, insyaallah semuanya akan berjaya.

‘MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA’

Posted: 9 September, 2009 in Umum


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini