Archive for August, 2009

LOGO KEMERDEKAAN KALI KE - 52

Selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Bermula 31 Ogos 2009, Malaysia telah genap merdek52 tahun daripada dijajah oleh penjajah. Perjuangan pejuang – pejuang kemerdekaan terdahulu, haruslah dihargai dan di teruskan mengikut kesesuaian masa terkini.

 

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar di atas) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Oleh itu, kita perlulah menjaga keamanan Malaysia dengan sikap bertoleransi dan bekerjasama. Hal ini kerana kita telah dijajah selama 446 tahun dan kini kita baru merdeka selama 52 tahun. Renung – renungkanlah.