Archive for November, 2009

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAKANDA

Posted: 17 November, 2009 in Umum

Semua guru dan kakitangan SDARY mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM kepada semua calon SPM 2009.  Semoga semua calon SPM tahun ini akan berjaya memperolehi sijil SPM dan berjaya di dalam kehidupan di masa depan.  Hadapilah peperiksaan dengan tenang dan tabah.  Lakarlah sejarah anakanda bermula pagi ini dan berusahalah agar kami semua dapat berbangga dengan anakanda.

Doa kami mengiringi perjuangan anakanda semua.

‘MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA’


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

 

 

 

 

 

 

Lagi Gambar Graduasi 2009

Posted: 16 November, 2009 in Umum

Tarikh : 16 November 2009
Hari : Isnin
Tempat : Balai Merdeka
Perasmi : Tn Hj Kamaruddin Saayun
Timbalan Pegawai pelajaran Daerah Johor Bahru

Majlis Apresiasi bagi menghargai pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan di bidang kokurikulum sepanjang tahun 2009 telah dijalankan serentak dengan Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2009. Acara gilang gemilang ini dihadiri oleh semua guru, AJK PIBG, ibu bapa dan para pelajar yang diraikan. Pelajar-pelajar bertuah ini sungguh segak menggayakan jubah graduasi masing-masing. Semua hadirin teruja dengan majlis ini. Tahun ini, pelajar MOHAMAD ZAINI BIN SALIM dinobatkan sebagai Penerima Anugerah PERMATA BUDI 2009.

Tarikh : 14 November 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Restoran Selasih, Persada JB
Kehadiran : ALP Koperasi, Guru-guru Koperasi, AJK Mercu

Jamuan AKhir Tahun Pusat Sumber Sdary

Posted: 14 November, 2009 in Umum

Tarikh : 7 November 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Al Jabbar
Kehadiran : AJK Pusat Sumber dan Guru-Guru Pusat SUmber