Latarbelakang SDARY

Ditubuhkan pada 1 Januari 1970 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Skudai, Batu 10, Johor Bahru. Ia bermula dengan 7 buah kelas – 5 kelas Peralihan Aliran Inggeris dan 2 kelas Tingkatan 1 Aliran Kebangsaan. Pelajarnya berjumlah 280 orang dengan bimbingan oleh 9 orang guru Lepasan Maktab Perguruan, di bawah pimpinan En P Sivalingam selaku pengetua dan turut dibantu oleh seorang Pelayan Pejabat dan seorang tukang sapu.

Pada Ogos 1974 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Tampoi, semua pelajar yang menumpang disekolah-sekolah sekitar Johor Bahru dikumpulkan untuk belajar bersama. Pada Oktober 1981 pula, sekolah ini menerima nama rasmi iaitu Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yassin, mengambil sempena nama seorang negarawan Johor iaitu Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad Yassin.

Dato’ Abdul Rahman b Mohamad Yassin

Dato’ Abdul Rahman Yassin dilahirkan di Muar, Johor. Beliau bergiat aktif dalam UMNO bersama-sama Tunku Abdul Rahman Putera. Pada tahun 1946, beliau bersama-sama menentang dasar Malayan Union yang dicadangkan oleh pihak Inggeris. Beliau juga bergiat dalam Persatuan Melayu Johor dan telah memimpin ‘Kumpulan Orang Tujuh’ yang amat terkenal ketika itu.

Dalam perjuangannya beliau amat mementingkan pelajaran di samping mempunyai wawasann masa hadapan yang amat jauh. Beliau banyak memberikan sumbangan fikiran bagi kemajuan dan pembangunan negeri Johor khasnya.

Hingga kini, seramai 7 orang pengetua silih berganti menerajui sekolah. Dari sehari ke sehari kemajuan sekolah menampakkan sinarnya. Di bidang akademik pencapaiannya agak memuaskan dan di bidang kokurikulum, sekolah ini digeruni dalam beberapa acara permainan.

Comments
  1. saya bekas pelajar sdary tahun 1983-1987 amat2 terharu dengan pekembangan dan pencapaian yang begitu cemerlang.tak seperti semasa zaman saya dahulu.asyik bergaduh.maklum lah kawasan sekolah berdekatan dengan kampung cina.saya sendiri telah di rodok dengan besi.semasa saya pulang dari sekolah.parut diperut masih jelas kelihatan.biar lah sejarah di rodok menjadi kenangan yang amat manis semasa saya bersekolah di SEKOLAH DATO ABD RAHMAN YASSIN TAMPOI JOHOR BAHARU.walau bagai mana pun.saya terhutang budi kepada semua guru2 yang telah mendidik saya.tanpa mereka saya tak akan dapat menikmati kehidupan yang saya kecapi selama ini……I LOVE U U ALL…….sekarang saya menjadi seorang anggota keselamatan yang menjaga perairan laut cina selatan………………JOIN NAVY AND SEE THE WORLD………………………………………….012-4604494…..

    • sdary says:

      Congratulations! Tentu ada ramai pelajar Sdary yang berminat untuk menjadi Navy seperti anda. Lebih2 lagi pelajar yang terlibat dengan PKBM(Laut). Sesekali apabila anda bercuti, datanglah ke sekolah. jika ingin ruang perkongsian ilmu dan pengalaman, boleh berbincang dengan kaunselor sekolah. Kedatangan anda dialu2kan. Selamat bertugas.

      ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

  2. N.Revindran says:

    salam sejahtera, saya bekas pelajar SMRT tahu 1979, semasa en P.Sivalingam berkhidmat sebagai GB. Guru tingkatan 3E, pada masa itu adalah Pn.Seitho (ejaan tak pasti). Sekiranya ada bekas pelajar yang ingin hubungi saya , sila email: revindnair@yahoo.com. Tahniah kpd semua pelajar SDARY

  3. Eddy Izwan Bin Musa says:

    Assalamualaikum, saya bekas pelajar sesi 1991-1993. SDARY menjadi sebahagian dari pelengkap hidup saya, dalam menyusur lorong kenangan, pahit tetap manis juga akhirnya. Kini berkhidmat sebagai eksekutif di Maybank dan menjawat beberapa jawatan penting dalam PAS Johor Bahru.

    Mungkin pihak SDARY dapat menganjurkan alumni bekas-bekas pelajar…..

  4. nazih says:

    sdary power

  5. TUN ZAINAL BIN RAMLI says:

    aku belajar di sekolah ini pada tahun 1981 hingga 1985. sekarang bekerja di Putrajaya dengan jabatan perikanan malaysia. aku kelas pertanian

  6. khaswani mohd khalib says:

    saye bekas skolah sdary pde thun 2002.wlupon saye skolah di sdary selama 3thn tpi sdary bnyak mgajar saye erti kehidupan.pde mase itu cikgu zaiton cikgu displin skolahlh bnyk mengajar erti kehidupan pde kteorg sume.dn klu bleh saye nk berhubung dgn cikgu fauziah.cikgu fauziah bnyk mambantu saye so saye nk taw mcm mane saye bleh berhubung dgn die plzzzzzzzzzzz

    • sdary says:

      Cikgu Zaiton sekarang seorang Pengetua, Tak silapnya di sekolah baru di Kota Masai. Kalau cikgu Fauziah Dawam yang awak maksudkan, dia sekarang Pengetua di SMK Bandar Baru Uda. AKan bersara beberapa hari lagi. Dengar kabar dia ke Mekah lagi tahun ini. Hubungi SMK Bandar Baru Uda, boleh search di internet.

  7. khaswani mohd khalib says:

    saye dah try masuk laman web smkbbu tapi xleh dapat ceritalh…

  8. khaswani mohd khalib says:

    saye dh try tnye bdk bbu.cikgu fauziah dh ber sara.ni saye nk tnye smada sye masih lgi bleh mengambil keputusan spm saye….dn saye nk tnye cre pembyran utang saye kat skolah..dn sekali dgn hrge utang saye..

  9. Majidah A. Majid says:

    Assalamualaikum. Salam sejahtera warga SDARY. Saya pernah menuntut di SDARY 1980-1984. Ingin mengenang kembali sewaktu menuntut di SDARY. Ingin berhubung kembali dengan kawan-kawan yang mengenali diri ini. Saya sekarang kat Sri Manjung, Perak. Boleh hubungi email : majidah06@yahoo.com.

  10. khaswani mohd khalib says:

    naper xblas pn

  11. mohd hizal bin ali says:

    sy bekas pelajar di sdary.. skarang sy bekerja sebagai technician supervisor bowling di kulala lumpur..

    • sdary says:

      Salam,
      Alhamdulillah & tahniah, anda sudah punyai kerjaya. Sesekali balik ke JB, jengah2lah sekolah. Mungkin ada perkara yang dapat kita kongsikan bersama adik2 awak yang masih belajar di sini.

  12. khaswani mohd khalib says:

    xkn xbls lgi………saye tnye hal penting tu?

  13. akashahuzir says:

    Salam…saya bks pljr SDARY thn 81′ hingga 86’…saya nk jejak kasih Cikgu Norsiah Samsuddin…boleh x dptkan maklumat…tkasih..semoga SDARY trus maju….

  14. akashahuzir says:

    kwn nk tau kalau anak kwn nk dftr masuk SDARY…mudah x? UPSR lps dia tersasar dari target…hanya dpt 2A 3B….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s