Archive for October, 2010

   Sehubungan dengan perkara di atas, pihak sekolah akan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid – murid Tingkatan 1,2, dan 4. Peperiksaan ini bakal dijalankan pada tarikh 1,2,8,9,10,11, dan 12 November 2010.  Peperiksaan tidak dijalankan pada tarikh 3, 4, dan 5 November 2010 kerana sekolah dicutikan sempena Perayaan Deepavali. Jadual peperiksaan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah. Diharapkan agar murid – murid mengulang kaji mata pelajaran.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010 ( Tingkatan Peralihan, 1, dan 2)

SPM DAH TERLALU HAMPIR

Posted: 23 October, 2010 in Umum

Marilah kita sama-sama  ‘countdown’, berapa hari sahaja yang tinggal untuk hadapi SPM.  Hari2 perskolahan dalam bulan Oktober cuma ada 5 hari lagi (isnin-25; Selasa-26; Rabu-27; Khamis-28; Jumaat-29). Minggu berikutnya adalah bulan November. Minggu pertama November tinggal 2 hari persekolahan (Isnin-1; Selasa-2; Rabu- 3 Nov- Cuti Peristiwa; Khamis 4 Nov-Cuti berganti{kita dah ganti dulu2}; Jumaat-5Nov- Cuti Hari Deepavali). Minggu Kedua November tinggal 4 hari (Isnin-8; Selasa-9{Hari Apresiasi}; Rabu-10; Khamis-11; Jumaat-12). Minggu ke 3 November juga tinggal 3 hari lagi (Isnin-15; Selasa-16; Rabu -17{Hari Raya Qurban}; Khamis-18; Jumaat- 19 {Majlis Mohon Restu}). Minggu ke 4 – Peperiksaan SPM pun bermulalah…..Jeng jeng jeng! So, tinggal berapa hari semuanya?

(5+2+4+3 = 14 hari sahaja tu!)

Kepada semua pelajar SPM Sdary, berTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT. Selagi ada NYAWA….BERUSAHALAH. Anda punyai 14 hari persekolahan sahaja lagi, 14 hari untuk duduk di dalam kelas dan berkongsi pembelajaran bersama-sama rakan. Selepas ini, peperiksaan. Anda tidak akan lagi dapat duduk berkumpul bersama dalam suasana bilik darjah yang sama. Tidak lagi. Anda akan rindui saat2 akhir ini. Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada alam persekolahan…nikmati kehidupan berbaik2 bersama rakan, JAGA LISAN, jangan cemuh mencemuh, jangan melukakan hati orang lain. Kalau dapat cuti 2 minggu….kenalah ‘SAY GOODBYE’. No more schooling days for you! Bye all.

 

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2010

Posted: 5 October, 2010 in Umum

Semua warga sekolah mendoakan agar pelajar-pelajar Tingkatan 3 dapat menjawab peperikssaan dengan tenang dan cemerlang. Semoga SDARY Menyerlah Jauh dari yang Biasa