Archive for November, 2007

Sekalung Tahniah!

Posted: 24 November, 2007 in Umum

Tahniah kepada guru-guru SDARYJB yang telah berjaya memperoleh Gred DG44 untuk tahun ini. Guru-guru tersebut adalah:

  1. Pn M Runah Saikubi
  2. Pn Rasidah Abdul Kadir
  3. Cik Sosamma Thomas

Semoga kenaikan pangkat mereka ini menjadi sumber inspirasi untuk guru-guru yang lain. Tahniah sekali lagi.

Rancangan Pelajaran Tahunan / Harian

Posted: 24 November, 2007 in Kurikulum

Mohon kerjasama guru-guru SDARY khasnya dan guru-guru lain yang mempunyai rancangan Pelajaran Tahunan untuk berkongsi dengan semua pelayar laman ini.

Kepada mereka yang berminat untuk menghantarnya, sila emelkan kepada kami.

Terima kasih atas jasa kalian.

Annual Hi-Tea

Posted: 17 November, 2007 in Umum

17 Nov 2007 – Jamuan akhir tahun 2007 untuk semua warga pendidik & staf sokongan SDARY diadakan di Crystal Crown Hotel bermula jam 1.30 tengahari. Tarikh tersebut dipilih sesuai dengan tarikh terakhir pertemuan rasmi antara semua guru & staf.

Majlis bertema 60an dan 70an dimeriahkan dengan celoteh Pn Normazliana & Pn Fuzdiana yang bertindak sebagai pengacara majlis. Pada majlis tersebut beberapa orang guru telah menerima Sijil Anugerah Khas Guru sesuai dengan penampilan, kepribadian dan usaha yang dilakukan sepanjang berkhidmat di SDARY untuk tahun 2007 ini. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Saat semua warga bergembira, ada sedikit kesayuan yang melanda apabila terdapat beberapa orang guru yang akan berpindah ke luar negeri Johor bermula sesi persekolahan akan datang.

Selamat Bercuti

Posted: 16 November, 2007 in Umum

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik, khasnya untuk warga SDARY. Buat mereka yang perlu bertugas untuk mengawas SPM, khidmat kalian amat bermakna kepada negara. Pengorbanan & keikhlasan kalian amat menakjubkan.

Sepanjang bertugas(pengawas SPM) dan bercuti, jaga diri anda dan keluarga. Semoga anda selamat kembali ke SDARY untuk sesi persekolahan yang akan datang.

Sekali lagi… selamat bercuti

SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin

Posted: 14 November, 2007 in Umum

Selamat Datang ke SDARYJB~ONLINE.

Diharap laman ini dapat memberikan informasi yang diperlukan samada oleh pihak pentadbir, guru-guru, pelajar & semua pelayar lain.

Segala komen & maklumbalas ada berkenaan laman ini amat dialu-alukan.