Marilah kita sama-sama ‘countdown’, berapa hari sahaja yang tinggal untuk hadapi SPM. Hari2 perskolahan dalam bulan Oktober cuma ada 5 hari lagi (isnin-25; Selasa-26; Rabu-27; Khamis-28; Jumaat-29). Minggu berikutnya adalah bulan November. Minggu pertama November tinggal 2 hari persekolahan (Isnin-1; Selasa-2; Rabu- 3 Nov- Cuti Peristiwa; Khamis 4 Nov-Cuti berganti{kita dah ganti dulu2}; Jumaat-5Nov- Cuti Hari Deepavali). Minggu Kedua November tinggal 4 hari (Isnin-8; Selasa-9{Hari Apresiasi}; Rabu-10; Khamis-11; Jumaat-12). Minggu ke 3 November juga tinggal 3 hari lagi (Isnin-15; Selasa-16; Rabu -17{Hari Raya Qurban}; Khamis-18; Jumaat- 19 {Majlis Mohon Restu}). Minggu ke 4 – Peperiksaan SPM pun bermulalah…..Jeng jeng jeng! So, tinggal berapa hari semuanya?
(5+2+4+3 = 14 hari sahaja tu!)
Kepada semua pelajar SPM Sdary, berTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT. Selagi ada NYAWA….BERUSAHALAH. Anda punyai 14 hari persekolahan sahaja lagi, 14 hari untuk duduk di dalam kelas dan berkongsi pembelajaran bersama-sama rakan. Selepas ini, peperiksaan. Anda tidak akan lagi dapat duduk berkumpul bersama dalam suasana bilik darjah yang sama. Tidak lagi. Anda akan rindui saat2 akhir ini. Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada alam persekolahan…nikmati kehidupan berbaik2 bersama rakan, JAGA LISAN, jangan cemuh mencemuh, jangan melukakan hati orang lain. Kalau dapat cuti 2 minggu….kenalah ‘SAY GOODBYE’. No more schooling days for you! Bye all.