Archive for December, 2008

Senarai Nama Pelajar Cemerlang PMR

Posted: 30 December, 2008 in Kurikulum, Umum

Berikut adalah pelajar-pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR :-

1.  MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHAHRIN (8A)

2. HO YEE PEI (8A)

3. NABEELAH BINTI AHMAD NOORZEN (8A)

4. NOR SYAHILA BINTI JAMALLUDDIN

5. NURUL ATIKAH BINTI YUSOF (8A)

6. NAZIRAH BINTI DAUT (7A1B)

7. NG JOO HONG (6A2B)

8. IFFAH BINTI MOHD NOR (6A1B1C)

Syukur kepada tuhan. Tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang, syabas kepada ibu bapa dan guru yang mendidik. Masa hadapan kita masih jauh. PMR bukan penentu kesemuanya, jangan lupa kepada kelebihan-kelebihan lain yang tuhan kurniakan kepada setiap individu selain cemerlang di bidang akademik.  Jangan berputus asa.

Keputusan PMR 2008

Posted: 30 December, 2008 in Umum

salam kepada semua.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan PMR 2008 yang agak memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar yang berjaya mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah 2008 pada kali ini. 4 orang daripada 5 orang pelajar yang cemerlang itu adalah dari kelas 3 Cemerlang manakala salah seorang dari mereka adalah dari kelas 3 Bestari. Alhamdulillah, akhirnya bilangan calon yang mendapat 8A untuk PMR meningkat.

Tahniah dan syabas kepada semua para pelajar dan tenaga pengajar yang bertungkus lumus untuk meningkatkan kualiti pelajar – pelajar SDARY pada tahun ini. Insya-Allah, pada masa akan datang kita akan lebih berjaya jika terus berusaha.  kepada yang kurang berjaya, Jangan Putus Asa. Sesungguhnya perjalanan hidup ini masih panjang. Insya-Allah, anda mampu lakukan yang terbaik pada masa akan datang.

success is when you’re able to stand up again when you fall.

Selamat Kembali ke Sekolah 2009

Posted: 27 December, 2008 in Umum

Salam Semua,

Beberapa hari lagi sesi persekolahan 2009 akan bermula. Dengan Maal Hijrah yang akan menemui kita pada 29 Disember ini, diikuti dengan Tahun Baru 2009 pada hari Khamis yang akan datang, mudah-mudahan kita semua bersedia dengan keazaman untuk menempuh kehidupan pada tahun 2009 dengan lebih cemerlang.

Takwim persekolahan 2009 telah pun dikeluarkan dan program yang dijadualkan sepanjang tahun telah pun siap. Pelajar-pelajar Sdary bolehlah merujuk kepada papan kenyataan di sekolah. 

Buku-buku untuk keperluan persekolahan telah pun mula dijual di Koperasi pada 26 Dis.  Jangan terperanjat sebab Koperasi telah berpindah dengan wajah baru di Kelas 4 Bestari yang lepas. Bilik Mawar Merah pula menjadi setor Koperasi.  Datanglah beramai-ramai untuk berbelanja di Koperasi, hasilnya sekolah kita juga yang untung. Pelajar Sdary jugalah yang akan menikmati faedahnya.

Keputusan PMR akan keluar pada 30 Disember. Pelajar-pelajar tingkatan 3 bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil keputusan mulai jam 10 pagi dengan pakaian sekolah.  Rambut dipotong elok-elok, datanglah dengan wajah yang bersih dan siap sedia.  Semoga ALlah takdirkan yang terbaik untuk semua.

Pelajar-pelajar SPM, tunggu giliran anda… Yang bekerja, kerjalah baik-baik.