Archive for July, 2008

Semua pelajar MESTI boleh belajar…

Posted: 25 July, 2008 in Umum

Benar, semua pelajar boleh belajar. Tiada kecualinya.

Pada tahun ini Sdary mensasarkan peratus lulus/menguasai dalam PMR setinggi 70.10%.  Bagi SPM pula peratus kelulusan yang disasarkan ialah 93.28%.  Tiada sesiapa pun boleh kata pelajar Sdary tak boleh capai keputusan yang baik seperti ini, sebabnya…SEMUA PELAJAR BOLEH BELAJAR. Melainkan jika pelajar-pelajar memang tidak mahu belajar.

Macam-macam gaya belajar

Macam-macam gaya belajar

Sudah lebih seminggu jadual pelajar tingkatan 3 dan 5 ditambah beberapa waktu untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat seberapa banyak ilmu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Guru-guru pun semakin sibuk dengan melaksanakan modul mengikut tahap pencapaian pelajar. Semoga pelajar-pelajar mengambil peluang untuk benar-benar menumpukan perhatian terhadap pelajaran semasa mereka berada di dalam kelas, kerana pada waktu petang, hanya ada beberapa kelas sahaja yang berpeluang menjalani kelas tambahan.
 

Lain Hulu Lainlah Parang….

Posted: 25 July, 2008 in Umum

Sudah lama benar blog ini tidak dikemaskini.  Pengetua lama sudah beberapa bulan diganti dengan pengetua yang baru Pn Sallina binti Hussain. Sampai kini belum lagi gambar beliau dipaparkan di mana-mana ruangan.

Pn Sallina sebelum Sukan Tahunan dirasmikan

Pn Sallina dimajlis Sukan Tahunan ke 31 (2008)

 Di bawah pentadbiran Puan Pengetua yang baru, ada banyak perkara lain yang baru (walaupun telah lama berlaku)  PK Hem juga telah bertukar. En Bahrin telah bekerja di Unit Pembangunan Jabatan Pelajaran Johor (Tahniah!) dan tempat beliau digantikan oleh Pn Siti Latifah binti Misri(Guru BM Sdary yang hebat tu…).

Sdary menerima ramai guru baru pada tahun ini, termasuklah 5 orang guru GSTT. Baru-baru ini Sdary menerima seorang guru Bahasa Inggeris yang baru, En Mohd Azri.  Pn Normajuraida pula (guru matematik sesi petang) telah berjaya untuk berpindah ke Trengganu(Tahniah).

Bangunan baru yang dijangka siap dan diserahkan pada Julai 2008 telah tertunda pembinaannya. Kemungkinan akan siap untuk diserahkan hanya pada Oktober 2008. Apa nak buat, bukan rezeki pelajar SPM tahun ini. Tempoh hari semuanya menjangka akan menghadapi peperiksaan SPM di bangunan baru. Siapalah tahu, bangunan baru, semangat baru, dan akan melakar sejarah baru…Cemerlang semuanya!

Bangunan baru yang belum siap.

Bangunan baru yang belum siap.

 

Insyaallah, tahun depan bila keputusan SPM 2008 diumumkan, pelajar-pelajar akan menerima keputusan di bangunan yang baru. Tentu seronok kalau cemerlang. Ramai-ramailah tangkap gambar depan blok baru. Maklumlah, bangunan ni dibuat di bawah Rancangan Malaysia ke 9, projek sekolah pertama di seluruh Malaysia untuk RMK 9. Tahniah lagi Sdary!