Archive for April, 2009

Minggu Teknik & Vokasional telah dilancarkan pada 27 April yang lalu. Pelancaran dilaksanakan dengan terlancarnya “Roket Sdary” oleh 3 orang Angkasawan yang diketuai oleh Pn Aniza Ngatman. Hebat kan! Tema Minggu T&V tahun ini adalah “KEMAHIRAN PENJANA KREATIVITI”

Antara aktiviti hebat yang dijalankan sepanjang minggu adalah :

1.  Pertandingan memasak Nasi Goreng (pasangan guru murid)

2. Pertandingan Teh Tarik Berirama (di antara Unit Uniform)

3. T&V Race (di antara Kelab dan Persatuan)

Penyertaan amat menggalakkan dan para pelajar menjalani aktiviti dengan penuh keseronokan.

Pelancaran Minggu Pusat Sumber telah dilangsungkan pada hari Isnin, 20 April yang lalu.  Tema tahun ini adalah “PENGUASAAN ILMU PENYUMBANG JAYA”.  Pelbagai aktiviti dilaksanakan di sepanjang minggu, antaranya adalah :

1.  Uji Minda

2.  Mereka poster berbantukan komputer

3.  Pembaca terbanyak Minggu PSS

4.  Mencari Harta Karun

5.  “Win, Loose or Draw”

6.  Promosi Buku

7.  Majlis Perlantikan Pengawas PSS

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Bagi Tahun 2009 boleh dibuat mulai 6 MEI 2009.

Semakan ini boleh dibuat melalui :

1.  Semakan di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia

2.  Semakan SMS

    Taipkan MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>[no KP] atau MOE<jarak>T6<jarak>AG<jarak>[no Giliran].

    Pada 18 dan 19 April yang lalu, Pak Long, Mak Long dan krew mereka datang sekali lagi ke SDARY. Kali ini mereka mengendalikan kem untuk calon-calon PMR pula. Berkampung di Hotel 5 Bintang SDARY( hem…hem..), dengan makanan enak disediakan oleh Chef dari Restoran SDARY yang hebat (juga 5 Bintang), tidak dapat dinafikan lagi, semua peserta Kem melalui saat-saat manis dan mendapat pengajaran yang banyak di sepanjang Kem berlangsung.

    Jangan lupakan apa yang telah disampaikan oleh mereka. Ayuh kita tepuk Kem beramai-ramai dan semarakkan semangat untuk Menyerlah Jauh dari yang Biasa.

    Pelajar-pelajar SDARY yang dikasihi,

    Sepanjang bulan ini, SDARY memang sangat sibuk dengan pelbagai program yang telah diaturkan.  Dari minggu sains, diikuti Minggu Bahasa, Minggu Pusat Sumber dan akhir April Minggu Teknik dan Vokasional. Tambahan pula mulai 16 April sehingga 19 April SDARY akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan sofbol Daerah Johor Bahru.

    Setiap petang ramai pelajar yang pulang lewat. Selain menghadiri kelas tambahan, pelajar juga sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya kawat, bola sepak dan ragbi.  Ramai juga yang sibuk dengan aktiviti Minggu Bahasa.  Namun begitu jangan sampai para pelajar melupakan tujuan terpenting yang menjadikan pelajar hadir bersekolah.  Perkara yang semestinya berlaku, mesti dipastikan berlaku iaitu tanggungjawab untuk belajar, memahami pengajaran dan melaksanakan perkara baik yang diperolehi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Kebimbangan pihak pentadbiran dan guru-guru sememangnya berasas. Apa kan tidaknya,  budaya membaca di kalangan pelajar belum cukup mantap.  Sukar untuk mendapatkan pelajar yang sanggup membaca buku sambil bertugas mengawas tempat-tempat tertentu. Segelintir pelajar tidak pulang awal, tetapi hanya berbual kosong di sekitar sekolah.  Keadaan ini amat merugikan.  SIAPA YANG RUGI?

    Demi masa

    Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian

    Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

    Nasihat menasihati ke arah kebenaran

    Nasihat menasihati ke arah kesabaran


    Sekali lagi? SIAPA YANG RUGI?