Panitia

SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

UNTUK MENDAPATKAN SUKATAN PELAJARAN  SILA KLIK DI SINI


MATLAMAT

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif ysng boleh mendorong dan menggerakkan kecenderungan para pelajar kepada pembelajaran.

3. Memperbaiki prestasi para pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah ) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan prestasi atau target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

PERANAN / TUGAS / AJK PANITIA

1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan para ahli panitia.

2. Menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan antara guru dalam satu-satu tingkatan atau dengan tingkatan yang lain.

3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah tentang buku teks tambahan untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan serta tahap kemampuan atau kebolehan pelajar.

4. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi setiap tingkatan dan jika perlu menubuhkan bank soalan.

5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar dalam setiap tingkatan iaitu Peperiksaan Pertengahan dan Pra PMR dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan dalam P&P.

6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya dua kali setahun dan sentiasa mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi dengan ahli.

Sila klik pada gambar berikut untuk melihat maklumat panitia.

Panitia MatematikPanitia SainsGeografiPanitia SejarahEkonomi AsasPendidikan MoralKemahiran Hidup