Persediaan Menghadapi Peperiksaan PMR

Posted: 9 September, 2009 in Umum

PMR tinggal lagi 26 hari sahaja lagi. Hari Raya pula tinggal lagi 12 hari. Bagi pelajar2 PMR, yang manakah lebih utama. Biasalah budak-budak, yang datang dulu akan diutamakan. Tapi siap-siap untuk beraya, jangan terlupa keutamaan yang lagi satu, PMR selepas Raya.

Sdary menyediakan pelbagai usaha untuk membantu pelajar PMR (kami tak lupa pelajar SPM jua…tunggu..). Antara usaha-usahanya ialah :

1. Menyediakan buku comel bagi semua mata pelajaran melalui program “BRING ALONG”. (Pelajar jangan lupa bawa buku comel ini kemana-mana tau, terutama apabila balik kampong untuk beraya)

2. Mengumpulkan pelajar mengikut aras ke dalam 6 kumpulan. Jadual digubal dengan memberikan 2 orang guru mengajar satu subjek pada satu-satu masa (jadual anjal pula tu…)

3. Mengamanahkan 2 kumpulan yang dinamakan KUMPULAN TERAJU PMR dan KUMPULAN CABARAN PMR untuk menggembeling tenaga mendapatkan keputusan sebaik mungkin. (Pelajar diberikan buku latih tubi model PMR sebanyak 2 atau 3 naskhah seorang supaya boleh membuat latih tubi sendiri di rumah).
Beruntunnglah pelajar-pelajr di dalam kedua-dua kumpulan ini. Yes! Sdary Boleh!

4. Tunggu… ada banyak lagi akan datang, walaupun hanya tinggal 26 hari lagi.

Pelajar Sdary akan berusaha, insyaallah semuanya akan berjaya.

‘MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s