Menghitung Hari

Posted: 1 December, 2007 in Umum

November berganti Disember. SPM akan berakhir beberapa hari sahaja lagi. Calon-calon SPM 2007 akan bersenyum sebaik tamat peperiksaan tersebut. Ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga, melamar pekerjaan untuk mengisi masa luang & juga mengisi poket yang semakin kontang. Faham-faham sahaja la. Selepas ini tiada lagi wang belanja sekolah yang dikaut dari tangan mak ayah.

Yang dua bulan lalu menduduki PMR pula mula menghitung hari apabila tibanya bulan Disember. ‘Bila keputusan PMR akan diumumkan? Lulus ke tidak? Layak ke untuk mohon ke teknik & asrama penuh?’ Itu la agaknya antara tanda tanya yang disoal dan dijawab oleh diri sendiri. InsyaAllah, asal usaha yang kalian sertakan tempohari penuh dengan keikhlasan, InsyaAllah keputusan yang baik dan cemerlang ditanganmu. Kepada calon-calon PMR, jangan lupa selak-selak akhbar & jengah-jengah berita di tv. Dapatkan tarikh pengumuman keputusan PMR.

Comments
  1. khatijah says:

    emmm…bpe mggu lagi kptsan pmr nk di umumkan..rase gementar n takut pon ada..

  2. lienda says:

    Kebiasaannya selepas Krismas. Tunggu pengumuman di TV, radio & akhbar.

  3. khatijah says:

    lg bpe mgu je kptsan nk keluar..rasa takut dan gmentar pon ade..

  4. fizzy says:

    lagi beberpa hari lagi esut nak kuar hrap2 sume dapat result yg best2……

  5. khatijah says:

    arini kptsn keluar..berdebar rasenye nk g amek kt skola..arp2 dpt yg terbaik..

  6. lienda says:

    Tahniah kepada semua calon PMR yang berjaya. Semoga kalian terus berusaha menempuh alam pendidikan yang kian mencabar. Tahniah.

Leave a comment