Maulidur Rasul saw

Posted: 13 April, 2009 in Umum

Sdary telah melangsungkan Majlis Semarak Maulidur Rasul pada hari Sabtu, 11 April 2009.  Majlis dirasmikan oleh YB Dato Hj Zainal Abidin bin Hj Osman.  Kali ini, seekor lembu telah dikorbankan pada hpagi Jumaat, 10 April. Penyembelihan disaksikan beramai-ramai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Majlis penyembelihan dituruti dengan P&P melalui 2 modul iaitu modul pendidikan islam dan modul sains/biologi.  Guru-guru dan para pelajar bersatu hati dan berkerjasama dalam majlis ‘rewang’.

Pada hari Sabtu pula, majlis didahului dengan perarakan sejauh 1.5 km dari sekolah sehingga ke masjid perumahan MARA dan berakhir di sekolah semula.  YB Dato tidak keberatan menyertai perarakan tersebut dan menyertai sambutan sehingga tamat. Seterusnya majlis diserikan dengan alunan bacaan al Quran, berzanji, nasyid, persembahan maya(a Tribute to Gaza), syarahan agama dan diakhiri dengan sebuah pentomin yang sangat menarik tentang perjuangan Rasulullah saw  menegakkan syiar islam.  Sesungguhnya majlis Semarak Maulidur Rasul saw kali ini sangat meriah dan merupakan satu kejayaan bagi seluruh warga Sdary.  Semua pelajar bergembira dan pada hari itu warga SDARY menjamu selera dengan nasi Beriyani masakan Pak Talib di atas dulang. Memang seronoook sekali! Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sdary yang menjayakan majlis tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s