Keputusan SPM Sdary, Menyerlah Jauh dari Yang BIASA

Posted: 23 March, 2009 in Umum

Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang menjadikan. Sesungguhnya Sdary telah mencapai ETR yang ditetapkan di dalam SPM 2008. Syabas! Allah memang tidak akan menghampakan hamba-hambaNya yang berusaha,

Sdary mencapai keputusan 93.25 % berbanding 90% pada tahun 2007. Hampir semua peratusan subjek meningkat di antara 5%  hingga 41%.  Bahasa Melayu menghasilkan paling ramai mendapat A iaitu 50 orang semuanya. Segala penat lelah berbayar dengan kegembiraan.

Terima kasih cikgu-cikgu SDARY semua, terima kasih kerana tidak serik mengajar anak-anak yang lemah. Terbukti pelajar SDARY memang boleh. Terima kasih juga dari sekolah kepada semua pekerja, baik pekerja kerajaan mahupun swasta yang berkhidmat di SDARY. Hasil usaha mereka membantu melancarkan segala urusan, menceriakan suasana pembelajaran, sehingga guru-guru dapat menumpukan lebih perhatian terhadap pengajaran.

Anak-anak SDARY yang cemerlang,

Didoakan agar anda semua dapat menempa kehidupan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Malaysia BOLEH!

SDARY JUGA BOLEH!

Comments are closed.