Selamat Kembali ke Sekolah 2009

Posted: 27 December, 2008 in Umum

Salam Semua,

Beberapa hari lagi sesi persekolahan 2009 akan bermula. Dengan Maal Hijrah yang akan menemui kita pada 29 Disember ini, diikuti dengan Tahun Baru 2009 pada hari Khamis yang akan datang, mudah-mudahan kita semua bersedia dengan keazaman untuk menempuh kehidupan pada tahun 2009 dengan lebih cemerlang.

Takwim persekolahan 2009 telah pun dikeluarkan dan program yang dijadualkan sepanjang tahun telah pun siap. Pelajar-pelajar Sdary bolehlah merujuk kepada papan kenyataan di sekolah. 

Buku-buku untuk keperluan persekolahan telah pun mula dijual di Koperasi pada 26 Dis.  Jangan terperanjat sebab Koperasi telah berpindah dengan wajah baru di Kelas 4 Bestari yang lepas. Bilik Mawar Merah pula menjadi setor Koperasi.  Datanglah beramai-ramai untuk berbelanja di Koperasi, hasilnya sekolah kita juga yang untung. Pelajar Sdary jugalah yang akan menikmati faedahnya.

Keputusan PMR akan keluar pada 30 Disember. Pelajar-pelajar tingkatan 3 bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil keputusan mulai jam 10 pagi dengan pakaian sekolah.  Rambut dipotong elok-elok, datanglah dengan wajah yang bersih dan siap sedia.  Semoga ALlah takdirkan yang terbaik untuk semua.

Pelajar-pelajar SPM, tunggu giliran anda… Yang bekerja, kerjalah baik-baik.

Comments are closed.