SDARY Cemerlang…..Harumlah namaMu wahai sekolahku..

Posted: 17 March, 2008 in Umum

Pada akhir tahun yang lalu, warga SDARY dengan rasa bangga dan gembira meraikan kejayaan pelajar-pelajar PMR 2007 yang berjaya menaikkan peratus pencapaian PMR sebanyak 10%. Sempena kejayaan itu, SDARY telah dicalonkan untuk Anugerah Lonjakan Saujana. Syabas pelajar-pelajar PMR 2007. Semoga anda akan lebih cemerlang lagi di masa hadapan.

Pada 12 hb Mac yang lalu, SDARY sekali lagi digegarkan dengan berita kejayaan pelajar-pelajar SPM 2007 pula, dengan kenaikan 10% di dalam peperiksaan SPM 2007. Sekali lagi ucapan tahniah. Warga SDARY dengan perasaan syukur dan tawadhu’  terhadap kurniaan Ilahi ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada mantan pengetua Pn Hjh Norizah, guru-guru yang telah bertungkus lumus berusaha dan pelajar-pelajar yang terlibat di dalam pepriksaan itu sendiri di atas kejayaan mereka. Setelah beberapa tahun berlalu dengan pencapaian sekitar 80% di dalam SPM, hari ini SDARY gah dengan pencapaian SPM 90.00%. Syabas SDARY, memang benar SDARY BOLEH!!!!

Kejayaan ini diharap dapat menyuntik kesedaran kepada seluruh pelajar, bahawa kita memang boleh berjaya. Bak kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Tahun ini, kita akan melangkah lebih jauh lagi. Dimulai dengan kejayaan pasukan bola sepak yang julung kalinya mara ke separuh akhir dan berjaya merangkul tempat ke3, SDARY hari ini menghantar, 44 ahli kontinjen ke Sukan Olahraga Daerah Johor Bahru. Sama-sama kita doakan pasukan kita. Sebagaimana kita telah mendoakan rakan-rakan yang berjuang di dalam peperiksaan yang menempa kejayaan-kejayaan yang lepas. Hidup SDARY, majulah sukan untuk NEGARA…

Comments are closed.