Terima Kasih Cikgu Mohd Yusof

Posted: 5 February, 2008 in Umum

Warga Sdary akan kehilangan seorang lagi guru iaitu En Mohd Yusof bin Ahmad. Beliau adalah Ketua Guru Disiplin SDARY, Guru Bahasa Inggeris dan Sejarah. En Mohd Yusof akan meninggalkan warga SDARY dan berkhidmat di SK Tebrau Bakar Batu mulai minggu hadapan. Semoga beliau akan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan gemilang. Warga SDARY mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat di SDARY. Para pelajar dan teman-teman guru pasti akan merindui En Mohd Yusof yang merupakan guru kesayangan pelajar. Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan beliau dan memohon ribuan maaf sekiranya terdapat salah dan silap yang telah dilakukan sama ada secara sedar atau tidak terhadap beliau. Jasamu tetap dikenang.

Comments are closed.